Job Description
Kami adalah syarikat logistik terkemuka yang menyediakan perkhidmatan penghantaran pantas dan dipercayai di seluruh Lembah Klang. Kami sedang mencari individu yang bertenaga dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kami sebagai Kurier. Anda akan menjadi tulang belakang operasi kami, memastikan setiap penghantaran tiba dengan selamat dan tepat pada masanya.
Mengapa menyertai kami?
- Gaji pokok yang kompetitif + komisen prestasi
- Kenderaan syarikat disediakan (motor / van)
- Elaun telefon dan minyak
- Peluang kerjaya yang berkembang
- Latihan disediakan
Jika anda seorang yang berdikari, mempunyai lesen memandu yang sah, dan sedia untuk cabaran baru, kami menanti resume anda. Mohon SEKARANG!
Responsibility
- Mengambil dan menghantar bungkusan serta dokumen dari pusat logistik ke lokasi pelanggan.
- Memastikan semua penghantaran dibuat tepat pada masanya mengikut jadual yang ditetapkan.
- Mengesahkan pesanan dan memastikan ketepatan setiap penghantaran.
- Memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan mesra.
- Melaporkan sebarang isu atau kelewatan kepada penyelia dengan segera.
- Menjaga kebersihan dan penyelenggaraan kenderaan syarikat.
- Mematuhi peraturan lalu lintas dan dasar keselamatan syarikat.
- Membantu dalam proses pembungkusan jika diperlukan.
Qualification
- Warganegara Malaysia.
- Pemegang lesen memandu B2 (motor) dan/atau D (kereta) yang sah.
- Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.
- Berdisiplin, jujur, dan bertanggungjawab.
- Berorientasikan pelanggan dan mampu bekerja dalam tekanan.
- Mempunyai kenderaan sendiri adalah satu kelebihan (jika tidak, syarikat akan menyediakan).
- Sihat fizikal dan bebas daripada masalah kesihatan yang serius.
- Pengalaman sebagai kurier adalah satu kelebihan tetapi tidak wajib.